Saturday, March 16, 2013

Tengok Aib

x ada org nk tgk aib diri sendiri
suka tgk aib org lain...
buat apa tgk org, diri sendiri x tau..
ulama tasauf ajak muhasabah diri?
الكيس من دان نفسه
دان  ada dua mksd
1- rendah diri
2- muhasabah diri

imam ghazali : nk tau kelemahan diri
1- guru yg mursyid
2- kwn dgn kwn yg baik
خير تصحبه من ادلك علي الخير  kata Atoilah
3- melalui musuh
4- melalui pergaulan sesama manusia
jgn rasa zon selesa kita nk cari yg lebih baik
hikmah haji, nk cari yg lebih baik
betul2 istiqomah buat baik dulu..
kita kejar natijah syarat x ada..

Saturday, March 9, 2013

Di Bawah Lindungan Kaabah

Penulis :  (HAMKA) 
Petikan: buku Dibawah Lindungan Kaabah

. . . . . . .  Sedang saya mengerjakan tawaf keliling ka'bah maka terlihat oleh saya ia bergantung kepada kaswah (kain tabir yang melingkungi Ka'bah) menengadahkan mukanya kelangit, airmatanya menitik dengan derasnya membasahi serban yang membalut dadanya, kedengaran pula ia berdoa: 
Ya Allah! Kuatkanlah hati hambamu ini!" 

Sebenarnya saya ini pun seorang yang lemah hati, kesedihan itu telah pindah kedada saya, meski pun saya tak tahu apa yang disedihkannya. Khabar apakah yang agaknya yang telah dibawa oleh Salleh dari kampung? Apakah sebab Hamid bersedih hati demikian rupa? Dunia yang manakah yang telah memutuskan harapannya? Tipudaya siapakah yang telah melukai hatinya, hingga ia menjadi demikian rupa itu? Itu sentiasa menjadi soal kepada saya. 

Pada suatu malam, sedang ia duduk seorang dirinya di atas satah, pada sebuah bangku yang bertikar daun kurma berjalin memandang kepada bintang-bintang yang memancarkan cahayanya yang indah di halaman langit, saya beranikan hati saya dan saya dekati dia. Maksud saya kalau dapat hendak membahagi kedukaan itu atau merentang-rentang barang sedikit kedukaan hatinya. " Saudara Hamid!" –kata saya. "Oh saudara, duduklah kemari!" – katanya pula sambil memperbaiki duduknya dan mempersilakan saya. Setelah sama-sama duduk, ia pun menanyakan keramaian orang haji dan kami pun memperkatakan keadaan pada tahun ini. Tiap-tiap perkataan terhadap kepada tanahair, pembicaraan diputarnya kepada yang lain, serupa ia tak suka. 

Maka akhirnya hati saya tiada tahan lagi, saya pun berkata: " Sudah lama saya perhatikan hal ehwal kamu, saudara, rupanya engkau dalam dukacita yang amat sangat. Agaknya engkau kurang percaya kepada saya, sehingga engkau tak mahu menyatakan kedukaan itu dengan saya. Sebagai seorang kawan, yang wajib berat sama memikul dan ringan sama menjinjing apa lagi jauh dari tanahair, sewajibnyalah saya engkau beritahu, apakah yang menyusahkan hati engkau sekarang, sehingga banyak perubahanmu daripada yang biasa?" Ia memandang kepada saya dengan tenang. "Katakanlah kepada saya, wahai sahabat!" –ujar saya pula.  " Saya akan menolong engkau sekadar tenaga yang ada pada saya.Kerana meski pun kita belum lama bergaul, saya telah tahu bahawa engkau adalah seorang yang budiman, saya tidak akan mensiakan kepercayaan engkau kepada diri saya." " Ini satu rahsia tuan!" – katanya. " Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada 

PENUTUP  
Kian lama kian sunyilah tanah Mekah. Bukit-bukit yang telah gondola itu tegak dengan teguhnya laksana pengawal yang menyaksikan dan menjagai orang haji yang beransur pulang ke kampong masing-masing. Kedai-kedai kian sudah tutup, sebab 6 bulan pula lamanya pasar akan sepi. Tidak putus-putus unta berarak-arak diiringkan oleh gembalanya bangsa Badwi sambil bernyanyi-nyanyi. 

Sehari sebelum kami meninggalkan Mekah, pergilah kami berziarah ke perkuburan Ma,ala tempat Hamid dikuburkan.  Di sana masih bertemu kesannya, meskipun agak sukar mencarinya, sebab telah banyak pula orang lain yang berkubur. Saya hadapkan muka saya ke pusara itu dan saya berkata:
 " Penghidupanmu yang tiada mengenal putus asa, kesabaran dan ketenangan hatimu menanggung sengsara, dapatlah menjadi tamsil dan ibarat kepada kami. Engkau telah mengambil jalan yang lurus dan jujur di dalam memupuk dan mempertahankan cinta. " Allah adalah Maha adil, jika sempit bagimu dunia ini berdua, maka alam akhirat adalah lebih lapang dan luas, di sanalah kelak makhluk menerima balasan dari kejujuran dan kesabarannya; di sanalah penghidupan yang sebenarnya, bukan mimpi dan bukan khayalan. 

" Kami pun dalam menunggu titah pula, sebab ada masanya datang dan ada masanya pergi.
" Selamatlah, moga-moga Allah memberi berkat atas jiwamu dan jiwa Zainab.
" Pukul empat petang kami tawaf keliling Ka`bah " Tawaf Wida" ertinya tawaf selamat berpisah. 
Sehari itu juga kami akan berangkat ke Juddah. Saudaraku Salleh belayar dengan kapal yang menuju ke Mesir…… Dan kapalku memecahkan ombak dan gelombang menuju ke tanahair yang tercinta………..  
TAMAT  





Tuesday, January 8, 2013

Perancangan Tahunan


1- Menghabiskan silibus PMR pada minggu ke-24
2- Menghabiskan silibus tingkatan 1 dan tingkatan 2, pada minggu ke-40
3- Menghabiskan silibus tingkatan 4, pada minggu ke-29 (diniah) dan ke-35 (akademik)
4- Menghabiskan silibus tingkatan 5, pada minggu ke-29 (akademik) ke-35 (diniah)

Saturday, December 22, 2012

Perkahwinan Sebagai Pendorong atau Penghalang Dalam Kehidupan Keagamaan

Buku terjemahan dari buku Kimia Kebahagiaan, karangan Imam Ghazali.
Bab ke-7: Perkahwinan Sebagai Pendorong atau Penghalang Dalam Perkahwinan. Untuk rujukan sila klik >>DI SINI<<

Ringkasan yang terkandung di dalam bab yang ke-7 ini:
- Keuntungan Perkahwinan
- Kerugian Perkahwinan
- Sifat yang mesti dicari pada seorang isteri
- Hal-hal yang harus dikerjakan

                   ******


KERUGIAN PERKAHWINAN
1- Jika sumber rezeki haram
2- Memperlakukan keluarganya dengan kasar/mengabaikan mereka
3- Menghalang fokus untuk perhatian kepada Allah.
" Janganlah isteri dan anak-anak memalingkan mu dari mengingat Allah "

Sunday, August 28, 2011

Persiapan Syawal

Pada hari Isnin bersamaan 29 Ogos 2011 / 29 Ramadhan 1432
Family Store, Masjid Tanah.
Atuk, Nenek, Mak Long, Makcik, & Anaz  

Monday, June 6, 2011

Ujian Mid-Term

Pada waktu pagi tadi sekitar 9.00 pagi pelajar dpli-upsi di OUM menduduki ujian Dr. Jamal. Ujian Mid-Term. Saya mendapat markah 14/20. Soalan pemikiran kritis & kreatif banyak berkaitan otak, teori pemikiran barat & Islam. Kenapa saya mendapat markah rendah? huhu. Rakan lain dapat markah tinggi berbanding saya.

Tak lekang dgn ujian. Ujian-ujian. Banyak belajar banyak ujian. Persoalan, apa baiknya berjaya dan gagal itu wujud.






الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 
2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);

 al-Mulk: ayat 2

 ...........


ps: apa ciri-ciri amalan yg baik.. ermm.. 
kualiti amal? kuantiti amal? ikhlas? berterusan? ada riak? ujubb x? sbb awek cun ke ek?

Sunday, April 17, 2011

Pertandingan Mewarna

PERTANDINGAN MEWARNA
Lokasi : Kg. Padang Kemunting, Melaka.
Tarikh : 17 April 2011
Masa  : 9.00 - 9.30 pagi

Pertandingan mewarna ini disertai oleh 4 orang kanak-kanak. Nazirah Bt. Marzuki, Zakirah Bt. Sulaiman, Nazihah Bt. Marzuki, dan Zalifah Bt. Sulaiman. Zalifah a.k.a Empah tarik diri semasa pertandingan berjalan kerana masalah peribadi dan mempunyai masalah terhadap penganjur pertandingan.

Pemenang pertandingan :-
1. Nazirah
2. Zakirah
3. Nazihah
4. Zalifah

Hadiah Pertandingan :-
Pemenang pertama mendapat hadiah wang tunai bernilai 100sen.
Pemenang kedua mendapat hadiah wang tunai bernilai 700sen.
Pemenang ketiga mendapat hadiah wang tunai 500sen.
Pemenang keempat mendapat wang tunai bernilai 200sen.

 Hasil sentuhan peserta,



Tuesday, April 5, 2011

Manhaj Mutakallimin di dalam Akidah

Metodologi perbahasan mereka di dalam akidah terdiri dari 2 cara :-
1- Nas-nas agama. (Al-Quran & Hadis)
2- Perdebatan akal atau kaedah (pemikiran). Perselisihan sesama mereka masih lagi berpegang kepada Al-Quran dan Hadis.

Muktazilah
- mengutamakan akal kemudian naqli (nas agama)
- menjadikan akal kedudukan yg pertama dan nas agama kedudukan yang kedua.
- setiap permasalahan akidah dibentangkan untuk perbahasan akal. 
  • apa yg boleh diterima maka mereka mengiktirafkannya. 
  • apa yg tidak diterima maka mereka menolaknya. 
  • di samping itu, mereka masih lagi mengikut asas-asas agama. Keseluruhan perbahasan mereka tidak terkeluar dari wahyu Al-Quran dan Hadis.


Asya'iroh
- berpendirian pertengahan, di antara pelampau di dlm pegangan mengambil zahir nas (spt. menjisimkan Allah) dan berpegangan dgn akal (spt. Muktazillah).
- mensabitkan apa yg didatangkan oleh Al-Quran dan Hadis. Membawakan hujah tersebut kepada akal untuk membenarkan apa yg didatangkan oleh Al-Quran dan Hadis selepas beriman dengannya (Al-Quran dan Hadis).
- tidak menggunakan akal sbg hakim (penentu) untuk nas-nas untuk mentakwilkannya, tetapi menjadikan akal sbg khadam (pembantu) bg zahir nas untuk menjelaskannya.

Maturidi
- mengikut manhaj Asya'iroh, iaitu pertengahan.
- tidak terdapat banyak perbezaan di antara Asya'iroh dan Maturidi menurut perbahasan ulamak.
- kedua-dua mereka mengikut nas, kemudian berusaha mensabitkannya dgn bukti akal. Maturidi lebih memberikan kpd hujah akal.
- Maturidi mengambil akal dengan tidak menyalahi syara'. Sekiranya terdapat sesuatu menyalahi syara' maka mereka patuh dan tunduk dgn hukum syara'.


...

"Syara' didahulukan" 
"Syara' jua diutamakan"

Ya Rabb!!

Saturday, March 5, 2011

Pandangan Salafi Di Dalam Akidah

Pandangan Salafi di dalam manhaj Akidah,
- Hanya menggunakan al-Quran dan Sunnah
- Dan tidak menggunakan akal

Sebabnya adalah, mereka beriman bahawa Allah swt telah sempurnakan agama Islam (tidak perlu ditokok tambah lagi).

Pendapat ini bukan menentang penggunaan akal, tetapi mereka mendapati bahawa dalil bukti dari Al-Quran dan Sunnah di dalam Usuluddin bukan sekadar hanya berita perkhabaran semata-mata, bahkan ianya adalah Kitab Allah dan Sunnah.

Mereka tidak suka konfrontasi di dalam akidah kerana sesungguhnya akal tidak mampu untuk menyingkap kebenarannya.


وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 

68. Dan apabila Engkau melihat orang-orang Yang memperkatakan Dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal Yang lain; dan jika Engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu Engkau duduk bersama mereka), maka janganlah Engkau duduk lagi bersama-sama kaum Yang zalim itu, sesudah Engkau mengingati (akan larangan itu). Surah al-An'am ayat 68


مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلا الَّذِينَ كَفَرُوا فَلا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلادِ (٤)
4. Tidak ada Yang membantah (jidal/debat) mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang Yang kafir. oleh itu janganlah Engkau (Wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak Dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar Yang lain. Surah Ghafir ayat 4.







...

Perbezaan pendapat (khilaf) di antara para ulama tentang beberapa masalah akidah yang menyebabkan timbulnya kumpulan-kumpulan di dalam Islam.

Faktornya adalah: -
(1) Faktor Dalaman
Pada dasarnya masalah bermula dari masalah politik, namun ianya berlarutan hingga ke masalah akidah.

(2) Faktor Luaran
Percampuran orang Islam dengan falsafah dan bercampur aduk agama-agama mereka terdahulu melalui pembukaan Islam. (orang yg baru memeluk Islam terdedah dengan agama lama mereka setelah pemerintahan Islam telah menyebar luaskan penaklukan dan pembukaan negara)
- Tidak dapat dinafikan di dalam fikiran dan hati mereka masih terdapat bekas akidah tentang pemikiran ideologi mereka yang lampau.
- bahkan mereka ingin menyebarkan, menyoroti dan memperjelaskan tentangnya.




...
Dan meningkat penyebar luasan (akal/falsafah) apabila : - 
1. Tersebar gerakan penterjemahan (terutamanya dlm falsafah Yunani) dan
2. Ulama Muslim menitikberatkan bidang ilmu (terutamanya dlm falsafah Yunani)

Dari situ terdapat banyak perbahasan tentang akidah yg berlaku perbezaan pendapat.

Pengarang:
Perselisihan antara masyarakat Muslim bukannya di dalam inti pati akidah, akan tetapi hanya berlaku dalam isu furu' cabang falsafah (sub-falsafah) dan tidak menyentuh rukun daripada rukun-rukun Islam seperti keesaan Allah, beriman kepada rasul-rasul dan para malaikat dan al-Quran di sisi Allah. Mereka semuanya beriman dengannya.




...
dipetik dan diringkaskan dari kitab : Nubuwah baina Mutakallimin wa al-Falasifah "dirasah muqoronah"
pengarang : Dr. Abdul Syukur al-Haj Husin

Tuesday, February 15, 2011

SMA

Keputusan SMA sudah keluar. Alhamdulillah secara keseluruhannya ada peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Subjek yang paling tinggi ialah subjek Qawaid manakala subjek yang paling "best" ialah Adab & Nusus. Subjek Adab & Nusus masih lagi menduduki kedudukan tertinggi subjek yg paling "best". Balaghah pula tidak dapat menandingi subjek Al-Quran yang tiada pelajar yang gagal namun seperti mendapat rentak baru untuk peningkatan, insyaAllah. Terdapat 2 orang cemerlang di dalam subjek Balaghah, Tahniah kpd semua! barakallahu fikum.

...

Siapakah orang yang cemerlang itu??
فَمَنْ زُحْزِحَ عن النار وَ أدخِلَ الجَنَّةَ فَقَدْ فَاز 

"Sesiapa yang dijauhi dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, merekalah sebenar-benarnya orang berjaya" surah Ali Imran : 185.

Saturday, February 12, 2011

Kejatuhan Pemimpin Mesir

Wasiat terakhir Sheikh Mutawali Sya'rawi kepada bekas PM Mesir Hosni Mubarak.




Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).
http://www.youtube.com/watch?v=QRVWqt_s6HM

Link sepanjang peristiwa rakyat Mesir menuntut pengunduran Hosni Mubarak

Tentera ambil alih pemerintahan Mesir
Mubarak terus terima tekanan
Pemimpin dunia minta pemimpin Mesir akur
Hosni rombak kabinet
Sejuta diminta sertai bantahan
Anak Mubarak bawa 97 beg besar ke Britain
Rakyat Mesir cetus satu lagi revolusi
Suleiman tali barut Israel
Akhbar Mesir khianati Mubarak
Mubarak tak gentar bantahan
Perkhidmatan internet terakhir di Mesir terputus

Friday, January 28, 2011

Kata Terbitan

Istilah kata terbitan mirip kepada tasrif.
emmm ???

kata terbitan
kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan.
kata terbitan
kata yg memakai imbuhan;
kata bentukan
Id kata terbitan, kata buatan (baru);
kata terbitan
kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn peng­gunaan imbuhan;
kata terbitan
kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan.
kata dasar
kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll);
kata pokok
kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll);
terbitan
sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka.
terbitan
sesuatu (spt buku, majalah dll) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka.
terbitan baru
tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam;

Tasrif ialah PERUBAHAN.
Perubahan dr satu (kalimat) kpd bentuk (kalimat) yg lain dan memberikan makna-makna yg pelbagai.

...
word change n people also change..
but there still only One GOD will never change!
ليس كمثله شيئ


sumber: DBP, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kata+terbitan

Tuesday, December 28, 2010

Gambar Program Sehari Bersama JPAM


AJK Program

KPT 5033

Selamat belajar di JAIM..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan kesihatan yang baik, dan akal yang waras agar saya mampu menggalas tanggungjawab ini sehingga ke akhirnya.