Buku terjemahan dari buku Kimia Kebahagiaan, karangan Imam Ghazali.
Bab ke-7: Perkahwinan Sebagai Pendorong atau Penghalang Dalam Perkahwinan. Untuk rujukan sila klik >>DI SINI<<
Ringkasan yang terkandung di dalam bab yang ke-7 ini:
- Keuntungan Perkahwinan
- Kerugian Perkahwinan
- Sifat yang mesti dicari pada seorang isteri
- Hal-hal yang harus dikerjakan
******
KERUGIAN PERKAHWINAN
1- Jika sumber rezeki haram
2- Memperlakukan keluarganya dengan kasar/mengabaikan mereka
3- Menghalang fokus untuk perhatian kepada Allah.
" Janganlah isteri dan anak-anak memalingkan mu dari mengingat Allah "
SIFAT-SIFAT YANG MESTI DICARI PADA SEORANG ISTERI
1- Kesesuaian akhlak. Sabda Nabi Sallahu alaihi wassalam.
" Orang yang mencari isteri demi kecantikan atau kekayaan akan kehilangan keduanya "
2- Tabiat yang baik
3- Kecantikan. Menimbulkan cinta dan kasih sayang.
4- Mahar yang sederhana. Sabda Nabi Sallahu alaihi wassalam.
" Wanita yang paling baik untuk diperisterikan adalah yang maharnya kecil dan nilai kecantikannya besar "
5- Berasal dari keturunan yang baik-baik.
HAL-HAL YANG HARUS DIKERJAKAN
1- Walimah
2- Bersikap baik
3- Mesti berkenan terhadap reaksi-reaksi dan kesenangan-kesenangan isterinya serta tidak menghalangnya.
Orang bijak pandai berkata.
" Berkonsultansilah dengan wanita dan buatlah yang bertentangan dengan apa yang dinasihatkan "
Memang ada suatu sikap suka melawan dalam diri wanita. Dalam urusan dengan mereka seseorang mesti berusaha menggunakan gabungan antara ketegasan dan rasa kasih sayang. Dengan kasih sayang sebagai bahagian yang lebih besar.
4- Hal-hal susila. Harus berhati-hati agar tidak membiarkan isterinya dipandang atau memandang seseorang asing kerana awal kemungkaran dari mata.
5- Memberi nafkah.
6- Tidak mementingkan diri sahaja.
KEUNTUNGAN PERKAHWINAN
1- Umat banyak. Kata-kata ilmu kalam.
" Lebih baik tersibukkan dalam tugas-tugas perkahwinan daripada ibadah-ibadah sunah "
2- Doa-doa anak bermanfaat bagi orang tuanya yang meninggal dunia. Dan anak-anak (bayi) yang meninggal dunia sebelum orang tuanya akan meminta ampun bagi mereka di hari pengadilan.
3- Duduk bersama dan bersikap baik terhadap isteri adalah suatu perbuatan yang memberikan rasa santai kepada fikiran setelah asyik mengerjakan tugas keagamaan. Dan setelah santai seseorang
selesa kembali beribadah dengan semangat baru. ~ Seperti Rasulullah sallahu alaihi wassalam menyentuh Aisyah ra ketika merasa beban turunya wahyu.
" Saya mencintai 3 hal di dunia ini. Wewangian , wanita dan penyegaran kembali dengan solat "
Umar ra bertanya kepada Rasulullah sallahu alaihi wassalam hal-hal yang paling penting dicari di dalam dunia ini. Rasulullah sallahu alaihi wasalam menjawab.
" Lidah yang selalu berzikir kepada Allah subhanau wa ta'ala , hati yang penuh rasa syukur , dan isteri yang amanah ".
4- Adanya seorang yang menjaga rumah. Abu Sulaiman berkata
" Isteri yang baik bukan sahaja rahmat di dunia ini tetapi juga di akhirat kerana ia memberikan waktu senggang kepada suaminya berfikir untuk akhirat "
Khalifah Umar ra berkata.
" Setelah iman tidak ada rahmat yang mampu menyamai isteri yang baik "
Bisyru Hafi berkata.
" Lebih baik bagi seseorang bekerja bagi isterinya dan anaknya daripada bagi dirinya sendiri "
No comments:
Post a Comment