Sunday, August 28, 2011

Persiapan Syawal

Pada hari Isnin bersamaan 29 Ogos 2011 / 29 Ramadhan 1432
Family Store, Masjid Tanah.
Atuk, Nenek, Mak Long, Makcik, & Anaz  

Monday, June 6, 2011

Ujian Mid-Term

Pada waktu pagi tadi sekitar 9.00 pagi pelajar dpli-upsi di OUM menduduki ujian Dr. Jamal. Ujian Mid-Term. Saya mendapat markah 14/20. Soalan pemikiran kritis & kreatif banyak berkaitan otak, teori pemikiran barat & Islam. Kenapa saya mendapat markah rendah? huhu. Rakan lain dapat markah tinggi berbanding saya.

Tak lekang dgn ujian. Ujian-ujian. Banyak belajar banyak ujian. Persoalan, apa baiknya berjaya dan gagal itu wujud.






الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 
2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);

 al-Mulk: ayat 2

 ...........


ps: apa ciri-ciri amalan yg baik.. ermm.. 
kualiti amal? kuantiti amal? ikhlas? berterusan? ada riak? ujubb x? sbb awek cun ke ek?

Sunday, April 17, 2011

Pertandingan Mewarna

PERTANDINGAN MEWARNA
Lokasi : Kg. Padang Kemunting, Melaka.
Tarikh : 17 April 2011
Masa  : 9.00 - 9.30 pagi

Pertandingan mewarna ini disertai oleh 4 orang kanak-kanak. Nazirah Bt. Marzuki, Zakirah Bt. Sulaiman, Nazihah Bt. Marzuki, dan Zalifah Bt. Sulaiman. Zalifah a.k.a Empah tarik diri semasa pertandingan berjalan kerana masalah peribadi dan mempunyai masalah terhadap penganjur pertandingan.

Pemenang pertandingan :-
1. Nazirah
2. Zakirah
3. Nazihah
4. Zalifah

Hadiah Pertandingan :-
Pemenang pertama mendapat hadiah wang tunai bernilai 100sen.
Pemenang kedua mendapat hadiah wang tunai bernilai 700sen.
Pemenang ketiga mendapat hadiah wang tunai 500sen.
Pemenang keempat mendapat wang tunai bernilai 200sen.

 Hasil sentuhan peserta,



Tuesday, April 5, 2011

Manhaj Mutakallimin di dalam Akidah

Metodologi perbahasan mereka di dalam akidah terdiri dari 2 cara :-
1- Nas-nas agama. (Al-Quran & Hadis)
2- Perdebatan akal atau kaedah (pemikiran). Perselisihan sesama mereka masih lagi berpegang kepada Al-Quran dan Hadis.

Muktazilah
- mengutamakan akal kemudian naqli (nas agama)
- menjadikan akal kedudukan yg pertama dan nas agama kedudukan yang kedua.
- setiap permasalahan akidah dibentangkan untuk perbahasan akal. 
  • apa yg boleh diterima maka mereka mengiktirafkannya. 
  • apa yg tidak diterima maka mereka menolaknya. 
  • di samping itu, mereka masih lagi mengikut asas-asas agama. Keseluruhan perbahasan mereka tidak terkeluar dari wahyu Al-Quran dan Hadis.


Asya'iroh
- berpendirian pertengahan, di antara pelampau di dlm pegangan mengambil zahir nas (spt. menjisimkan Allah) dan berpegangan dgn akal (spt. Muktazillah).
- mensabitkan apa yg didatangkan oleh Al-Quran dan Hadis. Membawakan hujah tersebut kepada akal untuk membenarkan apa yg didatangkan oleh Al-Quran dan Hadis selepas beriman dengannya (Al-Quran dan Hadis).
- tidak menggunakan akal sbg hakim (penentu) untuk nas-nas untuk mentakwilkannya, tetapi menjadikan akal sbg khadam (pembantu) bg zahir nas untuk menjelaskannya.

Maturidi
- mengikut manhaj Asya'iroh, iaitu pertengahan.
- tidak terdapat banyak perbezaan di antara Asya'iroh dan Maturidi menurut perbahasan ulamak.
- kedua-dua mereka mengikut nas, kemudian berusaha mensabitkannya dgn bukti akal. Maturidi lebih memberikan kpd hujah akal.
- Maturidi mengambil akal dengan tidak menyalahi syara'. Sekiranya terdapat sesuatu menyalahi syara' maka mereka patuh dan tunduk dgn hukum syara'.


...

"Syara' didahulukan" 
"Syara' jua diutamakan"

Ya Rabb!!

Saturday, March 5, 2011

Pandangan Salafi Di Dalam Akidah

Pandangan Salafi di dalam manhaj Akidah,
- Hanya menggunakan al-Quran dan Sunnah
- Dan tidak menggunakan akal

Sebabnya adalah, mereka beriman bahawa Allah swt telah sempurnakan agama Islam (tidak perlu ditokok tambah lagi).

Pendapat ini bukan menentang penggunaan akal, tetapi mereka mendapati bahawa dalil bukti dari Al-Quran dan Sunnah di dalam Usuluddin bukan sekadar hanya berita perkhabaran semata-mata, bahkan ianya adalah Kitab Allah dan Sunnah.

Mereka tidak suka konfrontasi di dalam akidah kerana sesungguhnya akal tidak mampu untuk menyingkap kebenarannya.


وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 

68. Dan apabila Engkau melihat orang-orang Yang memperkatakan Dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal Yang lain; dan jika Engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu Engkau duduk bersama mereka), maka janganlah Engkau duduk lagi bersama-sama kaum Yang zalim itu, sesudah Engkau mengingati (akan larangan itu). Surah al-An'am ayat 68


مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلا الَّذِينَ كَفَرُوا فَلا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلادِ (٤)
4. Tidak ada Yang membantah (jidal/debat) mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang Yang kafir. oleh itu janganlah Engkau (Wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak Dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar Yang lain. Surah Ghafir ayat 4.







...

Perbezaan pendapat (khilaf) di antara para ulama tentang beberapa masalah akidah yang menyebabkan timbulnya kumpulan-kumpulan di dalam Islam.

Faktornya adalah: -
(1) Faktor Dalaman
Pada dasarnya masalah bermula dari masalah politik, namun ianya berlarutan hingga ke masalah akidah.

(2) Faktor Luaran
Percampuran orang Islam dengan falsafah dan bercampur aduk agama-agama mereka terdahulu melalui pembukaan Islam. (orang yg baru memeluk Islam terdedah dengan agama lama mereka setelah pemerintahan Islam telah menyebar luaskan penaklukan dan pembukaan negara)
- Tidak dapat dinafikan di dalam fikiran dan hati mereka masih terdapat bekas akidah tentang pemikiran ideologi mereka yang lampau.
- bahkan mereka ingin menyebarkan, menyoroti dan memperjelaskan tentangnya.




...
Dan meningkat penyebar luasan (akal/falsafah) apabila : - 
1. Tersebar gerakan penterjemahan (terutamanya dlm falsafah Yunani) dan
2. Ulama Muslim menitikberatkan bidang ilmu (terutamanya dlm falsafah Yunani)

Dari situ terdapat banyak perbahasan tentang akidah yg berlaku perbezaan pendapat.

Pengarang:
Perselisihan antara masyarakat Muslim bukannya di dalam inti pati akidah, akan tetapi hanya berlaku dalam isu furu' cabang falsafah (sub-falsafah) dan tidak menyentuh rukun daripada rukun-rukun Islam seperti keesaan Allah, beriman kepada rasul-rasul dan para malaikat dan al-Quran di sisi Allah. Mereka semuanya beriman dengannya.




...
dipetik dan diringkaskan dari kitab : Nubuwah baina Mutakallimin wa al-Falasifah "dirasah muqoronah"
pengarang : Dr. Abdul Syukur al-Haj Husin

Tuesday, February 15, 2011

SMA

Keputusan SMA sudah keluar. Alhamdulillah secara keseluruhannya ada peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Subjek yang paling tinggi ialah subjek Qawaid manakala subjek yang paling "best" ialah Adab & Nusus. Subjek Adab & Nusus masih lagi menduduki kedudukan tertinggi subjek yg paling "best". Balaghah pula tidak dapat menandingi subjek Al-Quran yang tiada pelajar yang gagal namun seperti mendapat rentak baru untuk peningkatan, insyaAllah. Terdapat 2 orang cemerlang di dalam subjek Balaghah, Tahniah kpd semua! barakallahu fikum.

...

Siapakah orang yang cemerlang itu??
فَمَنْ زُحْزِحَ عن النار وَ أدخِلَ الجَنَّةَ فَقَدْ فَاز 

"Sesiapa yang dijauhi dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, merekalah sebenar-benarnya orang berjaya" surah Ali Imran : 185.

Saturday, February 12, 2011

Kejatuhan Pemimpin Mesir

Wasiat terakhir Sheikh Mutawali Sya'rawi kepada bekas PM Mesir Hosni Mubarak.




Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).
http://www.youtube.com/watch?v=QRVWqt_s6HM

Link sepanjang peristiwa rakyat Mesir menuntut pengunduran Hosni Mubarak

Tentera ambil alih pemerintahan Mesir
Mubarak terus terima tekanan
Pemimpin dunia minta pemimpin Mesir akur
Hosni rombak kabinet
Sejuta diminta sertai bantahan
Anak Mubarak bawa 97 beg besar ke Britain
Rakyat Mesir cetus satu lagi revolusi
Suleiman tali barut Israel
Akhbar Mesir khianati Mubarak
Mubarak tak gentar bantahan
Perkhidmatan internet terakhir di Mesir terputus

Friday, January 28, 2011

Kata Terbitan

Istilah kata terbitan mirip kepada tasrif.
emmm ???

kata terbitan
kata yg terjadi setelah ditambahi imbuhan.
kata terbitan
kata yg memakai imbuhan;
kata bentukan
Id kata terbitan, kata buatan (baru);
kata terbitan
kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn peng­gunaan imbuhan;
kata terbitan
kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan.
kata dasar
kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll);
kata pokok
kata yg menjadi pokok drpd kata terbitan (kata tanpa imbuhan spt pandang, gelisah, kuat, dll);
terbitan
sesuatu (spt buku, majalah) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka.
terbitan
sesuatu (spt buku, majalah dll) yg terbit atau yg diterbitkan; keluaran: buku ~ Dewan Bahasa dan Pustaka.
terbitan baru
tawaran terbit­an saham yg baru kpd orang awam;

Tasrif ialah PERUBAHAN.
Perubahan dr satu (kalimat) kpd bentuk (kalimat) yg lain dan memberikan makna-makna yg pelbagai.

...
word change n people also change..
but there still only One GOD will never change!
ليس كمثله شيئ


sumber: DBP, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kata+terbitan