Tuesday, February 15, 2011

SMA

Keputusan SMA sudah keluar. Alhamdulillah secara keseluruhannya ada peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Subjek yang paling tinggi ialah subjek Qawaid manakala subjek yang paling "best" ialah Adab & Nusus. Subjek Adab & Nusus masih lagi menduduki kedudukan tertinggi subjek yg paling "best". Balaghah pula tidak dapat menandingi subjek Al-Quran yang tiada pelajar yang gagal namun seperti mendapat rentak baru untuk peningkatan, insyaAllah. Terdapat 2 orang cemerlang di dalam subjek Balaghah, Tahniah kpd semua! barakallahu fikum.

...

Siapakah orang yang cemerlang itu??
فَمَنْ زُحْزِحَ عن النار وَ أدخِلَ الجَنَّةَ فَقَدْ فَاز 

"Sesiapa yang dijauhi dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, merekalah sebenar-benarnya orang berjaya" surah Ali Imran : 185.

Saturday, February 12, 2011

Kejatuhan Pemimpin Mesir

Wasiat terakhir Sheikh Mutawali Sya'rawi kepada bekas PM Mesir Hosni Mubarak.




Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya'rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) "..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).
http://www.youtube.com/watch?v=QRVWqt_s6HM

Link sepanjang peristiwa rakyat Mesir menuntut pengunduran Hosni Mubarak

Tentera ambil alih pemerintahan Mesir
Mubarak terus terima tekanan
Pemimpin dunia minta pemimpin Mesir akur
Hosni rombak kabinet
Sejuta diminta sertai bantahan
Anak Mubarak bawa 97 beg besar ke Britain
Rakyat Mesir cetus satu lagi revolusi
Suleiman tali barut Israel
Akhbar Mesir khianati Mubarak
Mubarak tak gentar bantahan
Perkhidmatan internet terakhir di Mesir terputus