Tuesday, April 5, 2011

Manhaj Mutakallimin di dalam Akidah

Metodologi perbahasan mereka di dalam akidah terdiri dari 2 cara :-
1- Nas-nas agama. (Al-Quran & Hadis)
2- Perdebatan akal atau kaedah (pemikiran). Perselisihan sesama mereka masih lagi berpegang kepada Al-Quran dan Hadis.

Muktazilah
- mengutamakan akal kemudian naqli (nas agama)
- menjadikan akal kedudukan yg pertama dan nas agama kedudukan yang kedua.
- setiap permasalahan akidah dibentangkan untuk perbahasan akal. 
  • apa yg boleh diterima maka mereka mengiktirafkannya. 
  • apa yg tidak diterima maka mereka menolaknya. 
  • di samping itu, mereka masih lagi mengikut asas-asas agama. Keseluruhan perbahasan mereka tidak terkeluar dari wahyu Al-Quran dan Hadis.


Asya'iroh
- berpendirian pertengahan, di antara pelampau di dlm pegangan mengambil zahir nas (spt. menjisimkan Allah) dan berpegangan dgn akal (spt. Muktazillah).
- mensabitkan apa yg didatangkan oleh Al-Quran dan Hadis. Membawakan hujah tersebut kepada akal untuk membenarkan apa yg didatangkan oleh Al-Quran dan Hadis selepas beriman dengannya (Al-Quran dan Hadis).
- tidak menggunakan akal sbg hakim (penentu) untuk nas-nas untuk mentakwilkannya, tetapi menjadikan akal sbg khadam (pembantu) bg zahir nas untuk menjelaskannya.

Maturidi
- mengikut manhaj Asya'iroh, iaitu pertengahan.
- tidak terdapat banyak perbezaan di antara Asya'iroh dan Maturidi menurut perbahasan ulamak.
- kedua-dua mereka mengikut nas, kemudian berusaha mensabitkannya dgn bukti akal. Maturidi lebih memberikan kpd hujah akal.
- Maturidi mengambil akal dengan tidak menyalahi syara'. Sekiranya terdapat sesuatu menyalahi syara' maka mereka patuh dan tunduk dgn hukum syara'.


...

"Syara' didahulukan" 
"Syara' jua diutamakan"

Ya Rabb!!

No comments:

Post a Comment