Saturday, March 5, 2011

Pandangan Salafi Di Dalam Akidah

Pandangan Salafi di dalam manhaj Akidah,
- Hanya menggunakan al-Quran dan Sunnah
- Dan tidak menggunakan akal

Sebabnya adalah, mereka beriman bahawa Allah swt telah sempurnakan agama Islam (tidak perlu ditokok tambah lagi).

Pendapat ini bukan menentang penggunaan akal, tetapi mereka mendapati bahawa dalil bukti dari Al-Quran dan Sunnah di dalam Usuluddin bukan sekadar hanya berita perkhabaran semata-mata, bahkan ianya adalah Kitab Allah dan Sunnah.

Mereka tidak suka konfrontasi di dalam akidah kerana sesungguhnya akal tidak mampu untuk menyingkap kebenarannya.


وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 

68. Dan apabila Engkau melihat orang-orang Yang memperkatakan Dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal Yang lain; dan jika Engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu Engkau duduk bersama mereka), maka janganlah Engkau duduk lagi bersama-sama kaum Yang zalim itu, sesudah Engkau mengingati (akan larangan itu). Surah al-An'am ayat 68


مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلا الَّذِينَ كَفَرُوا فَلا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلادِ (٤)
4. Tidak ada Yang membantah (jidal/debat) mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang Yang kafir. oleh itu janganlah Engkau (Wahai Muhammad) diperdayakan oleh kebebasan mereka bergerak Dengan berulang alik dari sebuah bandar ke bandar Yang lain. Surah Ghafir ayat 4.







...

Perbezaan pendapat (khilaf) di antara para ulama tentang beberapa masalah akidah yang menyebabkan timbulnya kumpulan-kumpulan di dalam Islam.

Faktornya adalah: -
(1) Faktor Dalaman
Pada dasarnya masalah bermula dari masalah politik, namun ianya berlarutan hingga ke masalah akidah.

(2) Faktor Luaran
Percampuran orang Islam dengan falsafah dan bercampur aduk agama-agama mereka terdahulu melalui pembukaan Islam. (orang yg baru memeluk Islam terdedah dengan agama lama mereka setelah pemerintahan Islam telah menyebar luaskan penaklukan dan pembukaan negara)
- Tidak dapat dinafikan di dalam fikiran dan hati mereka masih terdapat bekas akidah tentang pemikiran ideologi mereka yang lampau.
- bahkan mereka ingin menyebarkan, menyoroti dan memperjelaskan tentangnya.




...
Dan meningkat penyebar luasan (akal/falsafah) apabila : - 
1. Tersebar gerakan penterjemahan (terutamanya dlm falsafah Yunani) dan
2. Ulama Muslim menitikberatkan bidang ilmu (terutamanya dlm falsafah Yunani)

Dari situ terdapat banyak perbahasan tentang akidah yg berlaku perbezaan pendapat.

Pengarang:
Perselisihan antara masyarakat Muslim bukannya di dalam inti pati akidah, akan tetapi hanya berlaku dalam isu furu' cabang falsafah (sub-falsafah) dan tidak menyentuh rukun daripada rukun-rukun Islam seperti keesaan Allah, beriman kepada rasul-rasul dan para malaikat dan al-Quran di sisi Allah. Mereka semuanya beriman dengannya.




...
dipetik dan diringkaskan dari kitab : Nubuwah baina Mutakallimin wa al-Falasifah "dirasah muqoronah"
pengarang : Dr. Abdul Syukur al-Haj Husin